Website korporat

Client Google nama syarikat anda. Apa yang mereka jumpa?

Anda baru habis mesyuarat yang bagus. Client senyum, minta sebut harga. Lepas anda keluar, perkara pertama dia buat ialah Google nama syarikat anda. Apa yang dia jumpa dalam 30 saat itu boleh menentukan sama ada sebut harga anda dibaca, atau terus dilupakan.

Client Google nama syarikat anda. Apa yang mereka jumpa?
Jawapan ringkas

Bila client Google nama syarikat anda, mereka patut jumpa website syarikat yang kemas dan terkini, Google Business Profile dengan alamat dan review, dan maklumat yang sama di semua tempat. Kalau mereka jumpa kosong, website lama, page Facebook yang mati, atau nama pesaing, anda mungkin hilang projek sebelum sempat bersaing. Buat ujian 5 minit di bawah untuk tahu.

Ujian 5 minit: Google syarikat anda sendiri

Buka browser dalam mod incognito (supaya hasil carian tak dipengaruhi akaun anda), kemudian cari:

  1. Nama syarikat penuh, contohnya “ABC Engineering Sdn Bhd”.
  2. Nama syarikat + bandar, contohnya “ABC Engineering Shah Alam”.
  3. Nama syarikat + review.
  4. Servis anda + kawasan, contohnya “kontraktor elektrik Shah Alam”. Adakah anda muncul, atau hanya pesaing?

Buat di telefon juga, kerana ramai client menyemak sambil dalam kereta atau sebelum mesyuarat. Kemudian tanya diri sendiri: kalau saya tak kenal syarikat ini, adakah saya akan percaya?

5 perkara yang client selalu jumpa

1. Tiada apa-apa

Hasil carian penuh dengan direktori syarikat, syarikat lain yang namanya hampir sama, atau terus pesaing anda. Bagi client korporat, “tak jumpa” selalunya bermaksud “tak cukup serius”.

2. Website lama yang terbiar

Design 2015, “© 2019” di footer, gambar stok, dan rosak di telefon. Lebih teruk lagi, amaran “Not secure” dalam browser. Kami senaraikan tanda-tandanya dalam 5 tanda website syarikat anda sedang menghalau client.

3. Page Facebook yang mati

Post terakhir tahun 2022, komen pelanggan yang tak berjawab. Client tertanya-tanya: syarikat ini masih beroperasi ke?

4. Google Business Profile yang kosong atau salah

Waktu operasi salah, nombor telefon lama, tiada gambar, satu review 2 bintang tanpa balasan. Inilah kotak pertama yang muncul di sebelah kanan (atau atas, di telefon) bila orang cari nama anda. Panduan kami tentang cara letak bisnes anda di Google Maps boleh bantu.

5. Maklumat yang bercanggah

Alamat di website lain daripada di Google, nombor telefon di Facebook lain lagi. Setiap percanggahan menambah keraguan.

Apa yang patut mereka jumpa

  • Website syarikat di kedudukan pertama, dengan halaman tentang syarikat, servis, projek lepas dan cara menghubungi.
  • Projek dan client sebenar, dengan gambar dan penerangan ringkas, bukan sekadar senarai logo.
  • Google Business Profile yang lengkap: alamat, waktu, gambar dan review yang dibalas.
  • Maklumat syarikat yang jelas: nama berdaftar, nombor SSM, alamat pejabat dan pasukan.
  • Email syarikat sendiri (nama@syarikatanda.com), bukan @gmail.com.
  • Maklumat yang sama di website, Google, LinkedIn dan Facebook.

Untuk tender dan client korporat

Bila anda bersaing untuk projek besar, pihak pembelian dan pengurusan biasanya menyemak beberapa syarikat sekali gus. Website anda dibandingkan secara langsung dengan pesaing. Company profile PDF yang dihantar melalui email membantu, tapi ia tidak muncul bila orang Google nama anda, dan tidak boleh dikongsi semudah satu link.

Pasukan kami mempunyai lebih 18 tahun pengalaman membina website untuk PKS, syarikat korporat dan agensi kerajaan di Malaysia, termasuk projek yang melibatkan jenama seperti Nissan Malaysia, Pharmaniaga dan PIDM. Kami tahu apa yang pihak korporat cari bila mereka menyemak sesebuah syarikat.

Nak client jumpa sesuatu yang membanggakan?

Website perniagaan Shiok Digital bermula dari RM1,850, satu harga tetap: halaman syarikat, servis, projek dan hubungi, mesra telefon, dan dibina untuk dijumpai di Google. WhatsApp kami nama syarikat anda.

Soalan lazim

Kenapa client Google nama syarikat sebelum berurusan?

Untuk memastikan syarikat anda wujud, aktif dan boleh dipercayai. Bagi projek korporat dan tender, pihak yang membuat keputusan biasanya menyemak website, alamat, projek lepas dan review sebelum memanggil anda.

Syarikat saya tak muncul langsung bila di-Google. Kenapa?

Selalunya kerana syarikat tiada website, atau website tidak didaftarkan dengan Google Search Console, atau tiada Google Business Profile. Website yang baru juga mengambil masa beberapa hari hingga minggu untuk muncul.

Cukup ke ada page Facebook sahaja?

Untuk kedai kecil mungkin cukup sebagai permulaan, tetapi untuk client korporat ia jarang cukup. Page Facebook yang post terakhirnya bertahun-tahun lalu juga boleh memberi gambaran syarikat sudah tidak aktif.

Perlu ke email syarikat sendiri?

Ya, terutamanya untuk B2B dan tender. Email seperti nama@syarikatanda.com nampak lebih profesional dan dipercayai berbanding alamat @gmail.com.

Berapa kos website syarikat?

Di Shiok Digital, website perniagaan bermula dari RM1,850, satu harga tetap, dengan halaman tentang syarikat, servis, projek dan hubungi.

WhatsApp kami untuk sebut harga